Sulit
4 tahun
Insomnia - gangguan tidur
Seorang perempuan berumur dlm lingkungan awal 20an. Kesukaran untuk tidur. Bila terlelap badan akan mengalami sleep paralysis, hampir setiap kali tidur. Dan bila bangun Dan Cuba untuk tidur, ia berlaku lagi. Buatkan saya takut nak tidur Dan ianya menganggu waktu tidur saya. Saya tidur lewat disebabkan masalah ini. Dulu boleh tidur dengan lampu bertutup, sejak kebelakangan ni perlukan cahaya baru boleh tidur. What should I do?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, keluhan yang anda berikan masih belum jelas bagi menilai berat masalah anda. Bagaimanapun, secara umum gejala sukar tidur yang anda alami boleh disebabkan oleh beberapa hal seperti:
- Stres dalam kehidupan harian
- Jadual kerja yang menggangu masa tidur
- Amalan tidur yang kurang memuaskan seperti penggunaan komputer atau telefon bimbit sebelum tidur.
- Makan dalam kuantiti yang besar sebelum tidur
- Penyakit-penyakit psikiatri seperti kemurungan dan keresahan. Bagi sesetengah kes insomnia, sukar tidur tanda sakit mental.
- Sesetengah ubat asma, ubat darah tinggi, ubat tahan sakit dan ubat selesema.
- Masalah kesihatan yang lain seperti kanser, diabetes, penyakit jantung, asma, pedih ulu hati, penyakit tiroid dan penyakit Alzheimer.
- Kafein, nikotin (bahan racun dalam rokok)
Selain itu, sedikit tips untuk anda, amalan sleep hygiene adalah salah satu cara mendapatkan tidur yang lena pada waktu malam. Iaitu:
- Elakkan makan dan minum sebelum waktu tidur. Ambil makan malam anda lebih awal.
- Masuk tidur pada waktu yang sama setiap hari untuk membina pola tidur anda
- Elakkan melihat skrin atau alat elektronik sebelum tidur
- Banyakkan bersenam dan bergerak aktif pada waktu siang untuk membantu anda lebih lena pada waktu malam
- Tidur dalam keadaan gelap, sunyi dan suhu yang selesa
Anda boleh cuba melakukan tips di atas dan rujuk kepada doktor sekiranya masalah anda berlarutan atau menggangu aktiviti harian anda. Untuk itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.