
Sulit
2 tahun
Intermittent fasting
Hi, saya penghidap diabetes dan ingin mencuba diet intermittent fasting? Sesuai ke untuk pesakit diabetes?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Puasa berselang ataupun berpuasa dan mengawal diet adalah dibenarkan kepada pesakit kencing manis. Jika ianya hendak dilakukan anda, anda boleh mencuba secara perlahan-lahan dan lihat sejauh mana badan mampu menangani puasa berkala ini. Pastikan anda mengambil nutrisi dan air mencukupi ketika sahur dan berbuka ataupun ketika dalam tempoh berehat bagi memastikan badan anda mempunyai gula mencukupi dan tidak berada dalam hipoglisemik iaitu kurang gula. Sekiranya anda tidak dapat bertahan, anda boleh mencuba untuk mengubah diet yang sesuai bagi pesakit diabetes kerana sesetengah pesakit diabetes tidak dapat bertahan untuk berpuasa dan jika ianya memudaratkan, ianya perlu dielakkan. Sekian.