
Sulit
3 tahun
Isteri kesakitan ketika berhubungan seks
Saya lelaki berusia 28 tahun dan baru berkahwin, saya mendapat kesukaran untuk melakukan hubungan seksual dengan isteri saya sudah hampir sebulan kerana saya masih tidak boleh memasukkan kemaluan saya dalam vagina isteri saya krn isteri saya mengalami kesakitan yg amat teruk, saya memasukkan jari saya kedalam kemaluan isteri hanya boleh 1 jari saja, 2 jari dia sudah kesakitan apalagi kalao memasukkan kemaluan saya, rasa ada “ring” otot yang amat liat dan keras dalam di kemaluan isteri saya, saya sering agak kecewa dan buntu setiap kali saya cuba memasukkan kemaluan saja isteri akan menolak badan saya krn terlalu sakit, kemaluan isteri saya basah tapi dia mengalami kesakitan yang amat sangat, apakah nasihat dan apa yg harus saya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah isteri anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah isteri anda. Antaranya adalah:
- Jangkitan - jangkitan kelamin (STI), seperti klamidia, gonorea atau herpes genital
- Kekurangan gairah seksual
- Vaginismus - keadaan di mana otot di dalam atau di sekitar faraj tertutup rapat, menjadikan seks menyakitkan atau mustahil
- Iritasi alat kelamin atau alergi yang disebabkan oleh spermisida, kondom lateks atau produk seperti sabun dan syampu
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk isteri anda kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan