
Sulit
4 tahun
Jangkitan kulit (“cellulitis”) Penyakit darah beku dalaman (“Deep vein thrombosis”) Jangkitan kulat
mcm mn utk mengubatinya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, jangkitan kulit cellulitis dirawat menggunakan antibiotik manakala penyakit darah beku DVT dirawat menggunakan ubat pencair darah. Jangkitan kulat dirawat menggunakan antikulat.
Walaubagaimanapun, bagi rawatan untuk penyakit diatas memerlukan preskripsi daripada doktor.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.