Sulit
3 tahun
Jantung bengkak dan demam kuat
Bapa saya mengalami sesak nafas, sakit badan berbisa sehingga ke tapak kaki, lemah dan demam
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang ayah anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan gejala yang anda alami seperti:
- Penyakit jantung
- Jangkitan injap jantung (infective endocarditis)
- Kekurangan darah atau anaemia
- Jangkitan paru-paru
- Barah paru-paru
- Penyakit autoimun seperti SLE atau rheumatoid arthritis
- Kondisi psikiatrik seperti kebimbangan yang berlebihan (anxiety disorder) dan kemurungan (depression)
- Jangkitan COVID-19- Memandangkan ayah anda mengalami sesak nafas dan demam, ayah anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Untuk mengetahui punca berlakunya sesak nafas, ayah anda perlu buat pemeriksaan fizikal /ujian darah/ECG terlebih dahulu. Ayah anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin untuk mendapatkan rawatan kerana punca-punca yang tersenarai di atas memerlukan rawatan segera untuk mengelakkan komplikasi. Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.