Sulit
3 tahun
Jantung berdebar dan sesak nafas waktu malam
Saya lelaki berumur 35 tahun dan merupakan perokok tegar serta mempunyai kolestrol tinggi dlm darah. Setiap malam sebelum tidur kadang-kadang ada rasa berdebar dan sesak nafas diikuti rasa perut berbunyi dan memulas…adakah ianya penyakit jantung atau gastrik
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah sesak nafas yang anda hadapi boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Asma
- Anemia - kurang darah merah
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit tibi
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
- Tekanan emosi dan anxiety
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.