
Sulit
3 tahun
Jantung Berdebar-debar laju dan sesak nafas
Assalamualaikkum Dokter, Saya ingin bertanya, Masa saya Tarik nafas jantung saya berdebar-debar dan agak susah juga ingin bernafas. Tapi kadang-kadang ia pergi sendiri lepastu dia Kembali.Saya berumur 14 Tahun. Adakah semua ini punca dari jantung atau paru-paru?Dan saya juga sakit di tengah ulu hati.Harap dokter boleh bantu saya Terima Kasih Dokter

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Inginkan bantuan penjagaan gaya hidup yang lebih sihat? Dapatkan suplemen anda sekarang!
Gejala sering berdebar boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya:
- Gangguan cemas
- Gangguan organ jantung
- Penyakit hipertiroid
- Gangguan organ pernafasan (i.e. COPD, Emfisema, Asma)
- Atau masalah lain yang tetap memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif
Anda memerlukan bantuan mengenai masalah peribadi? Doktor pakar psikiatri kami sedia membantu.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Antaranya:
- analisis gejala dan sejarah pesakit yang lebih komprehensif
- pemeriksaan fizikal
- pemeriksaan darah
- pemeriksaan-pemeriksaan lain (sekiranya perlu)
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami perihal kesihatan jantung, PERCUMA secara langsung diatas talian menggunakan link di bawah. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!