Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Jantung berdegup 37 kali dalam 1 minit

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Oktober 21, 2021 6:24 PM

Sulit 43 hari

Saya perempuan berumur 16 tahun dan mempunyai masalah bpm yang rendah iaitu 37 kali dalam 1 minit dalam keadaan duduk dan tenang.Selain itu saya juga mengalami simptom rasa mual dan pening kepala.Bolehkah saya tahu mengenai masalah kesihatan saya?

Dr Ramzdhan 43 hari
General Practitioner

Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mempunyai kadar denyutan nadi yang rendah, iaitu sekitar 37bpm. Selain itu, anda juga mengalami simptom mual dan pening. Kami akan cuba membantu anda.

Untuk makluman anda, gejala-gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh kadar denyutan nadi rendah anda. Ia boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti berikut :

  • Penyakit gangguan irama jantung (aritma)
  • Masalah jantung kongenital
  • Radang jantung
  • Ketidakseimbanagan elektrolit dalam badan
  • Masalah hipotiroid
  • Penyakit autoimun
  • Kesan sampingan sesetengah ubatan seperti ubat darah tinggi

Kami menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor untuk mengetahui punca sebenar masalah anda. Anda boleh hubungi doktor kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.

Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!

Dikemaskini pada: Thu Oct 21 2021 18:24:10 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan pakar tentang denyutan nadi & kesihatan jantung secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Ujian dan vaksin COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Ujian COVID-19 Vaksin COVID-19