Sulit
3 tahun
Jantung laju, sesak nafas dan kebas
Assalamualaikum. Saya kerap kali berasa sukar untuk bernafas. Tangan dan kaki saya akan kebas yang amat sangat. Ia berpanjangan sehingga beberapa jam. Jantung saya laju dan berdebar-debar. Berlarutan sehingga menyebabkan sakit kepala dan dada berasa sempit. Boleh dikatakan setiap bulan ia berlaku dan saya tidak mengetahui puncanya. Pernah sekali berlaku dan kawan saya bawa ke klinik. Doc telah melakukan ECG dan jantung saya okay. Kali kedua saya berjumpa dengan doc atas sebab gastrik yang kerap. Doc minta untuk jalankan Thyroid Function Test dan result okay. Kali ketiga saya jumpa doc kerana masalah ini dan doc ada menyatakan saya mungkin mengalami Anxiety Disorder. Saya tidak tahu tindakan selanjutnya yang perlu diambil kerana apabila saya menceritakan hal ini kepada ahli keluarga mereka tidak mempercayai dan mengatakan bahawa itu hanya andaian saya sahaja. Kali terakhir saya diserang adalah malam semalam dan pagi ini saya bangun dan terasa untuk membuang air besar. Saya ternampak ada cacing yang agak panjang keluar bersama dengan najis. Minta pendapat doc berkenaan dengan masalah saya. Adakah ia berkait rapat atau hanya kebetulan atau ianya masalah yang berbeza? Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang ayah anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan gejala yang anda alami seperti:
• Penyakit jantung
• Jangkitan injap jantung (infective endocarditis)
• Kekurangan darah atau anemia-Oleh kerana anda terjumpa cacing dalam najis anda, ini mungkin penyebab anda kekurangan darah.
• Jangkitan paru-paru
• Barah paru-paru
• Penyakit autoimun seperti SLE atau rheumatoid arthritis
• Kondisi psikiatrik seperti kebimbangan yang berlebihan (anxiety disorder) dan kemurungan (depression)
Untuk mengetahui punca berlakunya sesak nafas anda perlu buat pemeriksaan fizikal /ujian darah/ECG terlebih dahulu.Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin untuk mendapatkan rawatan kerana punca-punca yang tersenarai di atas memerlukan rawatan segera untuk mengelakkan komplikasi. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.