Sulit

3 tahun

Jantung yang selalu laju

Saya 20 tahun perempuan. Dr awal bulan 1 haritu saya ada la cuba untuk turunkan berat badan sebab saya terlampau gemuk bertampah pulak pkp ni jd dlm harini adalah turun 9 kg so total berat saya skrng ni dlm 91 saya tinggi dalam 155 kebelakangan ini saya ada masalah dimana jantung saya berdenyut laju sangat kadang kadang duduk baring je seminit boleh 97 ke atas tp kadang kadang kalau jantung saya laju sangat saya duduk dan tarik nafas dalam dalam dan lepas beberapa kali jantung akan jd slow sikit tp sekejap je patu nanti dia laju balik ada masa jantung berdenyut macam biasa lepas tu dada kiri area jantung tu kadang kadang rasa cucuk cucuk cantu tp sejap je tak sampai seminit pun dada kanan pun kadang kadang sakit saya cuba tahan sakit sebab saya mmg ada penyakit takut nak jumpa dokter saya takut saya sakit jantung jadi macam mana ya

Dr Ramzdhan,

2 tahun

Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.

Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Namun, kami memerlukan maklumat yang lebih lanjut daripada anda sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Bagaimanapun, untuk makluman anda, gejala jantung berdebar dan laju boleh disebabkan oleh:

  • Sangat tertekan
  • Cemas dan panik
  • Mengambil ubat yang merangsang jantung
  • Penyakit hipertiroidisme
  • Mempunyai masalah jantung yang lain seperti “arrhythmia”, kecacatan jantung, serangan jantung atau pernah melaui pembedahan jantung.

Namun, secara umum, sakit dada sebelah kanan atau kiri berkemungkinan bermakna ia adalah kerana sakit jantung atau penyakit lain yang serius. Antara punca masalah ini ialah:

  • Angina - Angina terjadi apabila saluran darah ke jantung menyempit kerana pengumpulan plak kolesterol dan lemak di dalam arteri koronori yang membawa darah ke jantung. Apabila melakukan aktiviti fizikal, jantung akan mengepam lebih laju supaya lebih banyak darah megalir ke seluruh badan
  • Sakit otot : Anda mempunyai terdapat pelbagai otot di bahagian dada samada di bahagian luar atau dalam. Sakit ini boleh terjadi selepas membuat aktiviti fizikal dengan postur yang salah atau kemalangan kecil atau besar.
  • Rasa tertekan/stres/risau : Rasa tertekan boleh membawa kepada rasa jantung berdebar, sakit dada dan sesak nafas. Kemurungan juga boleh memberi simptom yang sama.
  • Pedih ulu hati : Ini merupakan tanda Gastrooesophageal Reflux Disease (GERD) di mana kandungan perut yang berasid naik ke dalam esofagus. Selain pedih di bahagian atas perut, seseorang boleh juga rasa sakit di dada. Anda juga mungkin boleh rasa pahit di mulut kerana kandungan naik balik semula ke atas.
  • Sakit yang berkait dengan abdomen : Sakit dari bahagian perut yang disebabkan penyakit lain boleh dirasa di bahagian dada.
  • Serangan jantung/sakit jantung

Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut daripada anda adalah diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih

Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!

Chest%20Pain

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)