
Sulit
3 tahun
Jari biru lepas ambil darah
Saya melalukan ujian tahap kolestrol di rumah. Proses memerlukan saya mengambil darah, saya memgambil menggunakan jarum yang disediakan. Selepas selesai, saya dapati ada sedikit kesan biru dibahagian tempat saya ambik darah dan rasa kebas dibahagian tersebut. Adakah ini normal atau tidak?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, suntikan jarum kadangnya akan menyebabkan kecederaan pada saluran darah dan saraf bawah kulit. Kesan kecederaan ini adalah bergejala seperti sakit dan kebas pada tempat suntikan, lebam, dan bengkak. Kejadian ini adalah normal, dan ia akan sembuh sendiri dalam beberapa hari.
Untuk maklumat lanjut dan soalan lain, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.