
kienaseksis79
6 tahun
Jenis susu G6PD Kid
Hi Doc,
Saya nak bertanya, bolehkah budak G6PD minum susu formula dari kacang soya…disebabkan sy dapati selepas anak saya yang berumur 2 tahun, tiba2 bila minum susu formula dari susu lembu, dia cirit…tq

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Kekurangan G6PD adalah sesuatu keaddan/penyakit keturunan di mana enzyme glucose-6-phosphate dehydrogenase ( G6PD ) yang melindungi sel darah merah kurang dalam badan. Oleh itu sel darah merah senang diuraikan jika terdedah kepada beberapa jenis makanan atau ubatan.
Berkenaan dengan soalan yang dinyatakan oleh anda adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan seperti sejarah kelahiran dan tahap kesihatan anak anda sebelum mengesyorkan jenis minuman susu yang harus diambil oleh anak anda.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.