
Sulit
4 tahun
Jerawat di dubur pada bahagian berhampiran dubur.berwarma merah jambu kebiruan
Hi doctor.saya mempunyai jerawat di bahagian berhampiran dubur.saiz nya tidak beberapa besar.warnanya merah jambu kebiruan .sudah kali ketiga dia jadi. 2 kali terjadi pada tahun lepas, tetapi kali ini tidak sakit dan gatal.cuma tidak beberapa selesa.saya ingin bertanya,adakah ini masalah yang serious?apakah solusi untuk masalah ini?saya masih berumur 17 tahun.adakah ini normal ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang mungkin dapat menjelaskan mengapa anda mengalami masalah tersebut:
- Buasir atau hemorrhoid
- Bisul
- Perianal abscess
- Perianal cyst
- Sebaceous cyst
Ini hanyalah pandangan kami secara am, kami sarankan anda berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut dan supaya rawatan dapat diberikan. Untuk menjawab soalan anda, gejala yang anda alami ini adalah tidak normal. Untuk merawatnya, doktor perlu membuat pemeriksaan terlebih dahulu kerana rawatan adalah berdasarkan diagnosis yang dibuat oleh doktor.
Sila berjumpa dengan doktor segera sekiranya anda mengalami tanda-tanda tersebut:
- Najis bercampur darah
- Perubahan terhadap kekerapan membuang air
- Tahi berwarna hitam
- Lemah-lemah badan
- Hilang selera makan
- Penurunan berat badan tanpa sebab
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan daripada doktor kami. Terima kasih.