Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Jerawat seperti jerawat batu pada kemaluan

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Oktober 14, 2021 11:23 PM

Sulit 43 hari

Saya lelaki dan berumur 17 tahun…pada umur 16, terdapat jerawat sprt. jerawat batu pada batang bahagian bwh zakar saya. Saya pernah memicitnya dan keluar isi bewarna putih tetapi jerawat itu masih belum hilang… Adakah ia normal dan ape yg perlu saya lakukan ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 43 hari
General Practitioner

Salam sejahtera,

Terima kasih atas soalan anda.

Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.

Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:

  • Jangkitan kuman pada lapisan kulit
  • Jangkitan kelamin seperti virus HPV atau sifilis jika anda ada melakukan hubungan seks
  • Akibat reaksi keradangan apabila terdapat alergi terhadap bahan fabrik ataupun sabun

Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.

Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Dikemaskini pada: Thu Oct 14 2021 23:23:15 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Urologi tentang kesihatan seksual secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Ujian dan vaksin COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Ujian COVID-19 Vaksin COVID-19