Sulit
4 tahun
Kadang kadang fajar saya terasa gatal danada kesan luka di tepi kiri dan kanan
Saya wanita, umur 20-an. Fajar saya kadang kadang terasa dan ada kesan luka di bahagian kiri dan kanan? Apa saya perlu buat??
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Maafkan saya, namun, berdasarkan keterangan di atas, saya kurang jelas dengan maklumat yang anda berikan. Saya beranggapan anda melakukan kesilapan ejaan ‘fajar’ yang sepatutnya faraj. Akan tetapi mengikut anatomi, faraj merupakan tiub di dalam yang menyambungkan rahim serta alat kelamin. Maka maksud kesan luka tersebut adakah berasa sakit atau anda dapat melihat sendiri luka di situ?
Namun begitu, anda ingin mendapatka nasihat mengenai apa harus anda lakukan. Terlebih dahulu punca sebenar masalah anda harus diketahui barulah rawatan yang sesuai boleh diberikan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Lebih-lebih lagi sekiranya gejala ini semakin parah serta menganggu kehidupan harian anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.