
Anonymous
5 tahun
KAdar gula dalam darah
Hi, adakah normal bacaan gula dalam darah 8.9 selepas makan? Saya wanita berumur 28tahun

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan gejala anda, penyakit kencing manis (Diabetes) memerlukan beberapa ujian darah untuk mengenalpasti dan menentukan penyakit tersebut.
Terdapat dua jenis iaitu kadar gula darah puasa dan kadar gula darah sewaktu. Kadar normal gula darah puasa adalah 4.0 to 5.4 mmol/L (72 to 99 mg/dL) dan kadar normal gula darah sewaktu adalah sapai 7.8 mmol/L (140 mg/dL).
Sekiranya ia membuktikan bahawa anda menghadapi penyakit kencing manis, anda haruslah berunding dengan doktor secepat yang mungkin untuk mengelakkan komplikasi daripada penyakit ini. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.