
Sulit
5 tahun
Kadar gula waktu puasa dan 2jam selepas makan
salam doktor,bulan 12 itu hari saya demam…selepas tu saya ada check gula difarmasi,gula saya naik smp 22.5.mol,lepas pada tu,saya diet dan kontrol makan,x amik gula…dan sekrg gula saya kalau pagi dlm 5.5mmol…dan selepas mkn 2jam dlm 8.8mmol…adakah saya dah kena diabetis ke doktor…saya masih keliru keadaan ini skrg,terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, bacaan gula bagi pesakit kencing manis adalah >7 mmol/L untuk bacaan gula ketika puasa dan >11.1 mmol/L selepas 2 jam melakukan ujian OGTT (oral glucose tolerance test)
Memandangakan bacaan anda selepas 2 jam adalah 8.8 (ianya lebih dari normal 7.8 mmol/L tetapi kurang dari 11.1 untuk di diagnos kencing manis) anda mengalami masalah impaired glucose tolerance.
Nasihat saya, teruskan usaha anda dalam mengurangkan pengambilan gula. Selain itu, lakukan pemeriksaan gula dengan kerap. Anda juga disarankan untuk ke hospita bagi melakukan ujian yang lebih terperinci untuk masalah anda ini.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.