Sulit
3 tahun
Kahak ada warna, warna merah tapi tak pekat, hampir kepada warna coklat
Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Saya seorang lelaki berusia 25 tahun. Saya dah jumpa doktor di sebuah klinik di Klang, Dr kata saya kena jangkitan paru2. Semalam saya batuk dan ludahkan kahak saya, ianya berwarna putih kemerahan, seakan warna coklat sedikit. Saya mula risau, lalu saya batuk lagi dan buang lagi, sampai kahak saya jadi warna putih balik. Saya batuk dan ludah kahak ianya berwarna putih. Tapi saya risau, apakah penyebab kahak saya berwarna putih kemerah-merahan? kalau sebab tekak luka, tekak saya langsung tak sakit dan tak pedih. Satu lagi, saya risau imun sistem badan saya lemah, sebab dah dekat 3 atau 4 hari saya tidur lewat, sekitar pukul 3 atau 4 pagi. Boleh bagi cara untuk kuatkan imun sistem badan? Terima kasih Dr.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, selamat sejahtera dan selamat pagi. Terima kasih kerana mengajukan soalan ini kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu kahak berdarah warna merah seakan warna coklat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Masih mengalami masalah batuk/sakit dada/batuk berdarah? Pakar paru-paru sedia membantu!
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Bronkitis (masalah keradangan)
- Bronkiektasis
- Abses Paru Paru (nanah)
- Penyakit Autoimun
- Barah Paru Paru (kanser)
- Pulmonary Embolism (darah beku di saluran pulmonari)
Sekiranya masalah kahak berdarah ini berterusan dan bertambah teruk, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.
Namun begitu, maklumat diatas hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, anda perlu melalui pemeriksaan secara teliti dan menyeluruh. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan pemeriksaan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih