
Anonymous
4 tahun
Kaki(betis), lengan timbul tompok2 merah
saya lelaki 30an,disini saya ingin membuat pertanyaan tentang masalah yang saya hadapi, bahagian kaki(betisl, lengan dan di bahagian badan saya timbul tompok2 merah dan rasa gatal… saya ingin tahu apakah sebap dan bagaimana untuk saya mengatasi masalah tersebut… terima kasih

6 tahun
alam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda terdapat beberapa penyebab merah dan gatal pada kulit, antaranya:
- Ekzema
- Kurap
- Gigitan serangga
- Sesetengah demam atau jangkitan virus juga boleh menyebabkan ruam
- Psoriasis (penyakit kulit autoimun kronik)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!