
Sulit
5 tahun
Kaki Melecet Akibat Pakai Kasut Ketat
Saya wanita dalam lingkungan usia 20an. Boleh saya tahu, mengapa kaki saya melecet kerana pakai kasut ketat sehingga membengkak dan keluar nanah serta air bisa? Saya pergi ke farmasi beli ubat dan ahli farmasi cadangkan saya untuk guna ubat Defuzin Fusidic Acid Cream. Setelah beberapa hari saya pakai, memang members kesan Yang positif. Tetapi, saya berasa gatal. Adakah saya patut berhenti menggunakan cream tersebut ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, kemungkinan luka pada kaki anda yang melecet tersebut telah dijangkiti kuman dan menyebabkan bengkak dan nanah. Anda tidak perlu berhenti menggunakan krim tersebut kerana gatal tersebut adalah gejala sementara. Namun jika berlarutan dan semakin teruk, berhenti menggunakannya serta rujuk kepada doktor dengan segera.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.