Sulit
2 tahun
Kalau Amek Perancang Memang Perut Akan Menjadi Buncit Kee?
Sayaa Umo 23 tahun . Anak sorangg sayaa amek perancangg . Cucukk tapii kenapaa perut sayaa makinn lamaa makinn besar . Macamm oramgg prengnant ?
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan
Berdasarkan soalan puan, kami memahami tentang kebimbangan puan mengenai perut yang semakin membesar selepas mengambil suntikan perancang keluarga, Saya akan cuba untuk membantu anda.
Suntikan perancang kehamilan merupakan suatu kaedah yang digunakan oleh golongan wanita untuk mengelakkan kehamilan. Kaedah ini menyerupai pil perancang yang dimakan cuma kaedah ini diberikan dalam bentuk suntikan. Suntikan perancang mengandungi hormon progesteron yang menyerupai hormon progesteron yang dihasilkan oleh ovari wanita. Hormon ini bertanggungjawab menghalang wanita tersebut dari hamil walaupun melakukan hubungan seks tanpa perlindungan.
Walaupun semua perkara mempunyai kebaikannya yang tersendiri, terdapat juga keburukan yang boleh diikuti bersama kaedah suntikan perancang ini. Suntikan perancang boleh membawa beberapa kesan sampingan dan ini haruslah diketahui sebelum mengambil suntikan perancang ini.
Kesan sampingan utama yang bakal dialami oleh wanita yang mengambil suntikan perancang ini ialah:
- Pendarahan yang berterusan selepas berhenti mengambil suntikan tersebut
- Kitaran haid akan berubah dan ini akan membimbangkan wanita tersebut
- Haid mungkin akan mengambil masa dalam setahun untuk kembali kepada kitaran yang biasa
- Berat badan bertambah
- Kemungkinan kebolehan menghasilkan ovum yang sihat akan mengambil masa lebih kurang setahun
- Keguguran rambut, kekurangan nafsu seks, sakit kepala, gangguan mood
- Batu dalam ginjal sekiranya diambil untuk masa yang agak lama
- Meningkatkan keupayaan untuk mendapat masalah osteoporosis
Oleh itu, ia adalah normal apabila berat badan anda bertambah dan badan anda menjadi semakin besar kerana kesan sampingan daripada suntikan perancang keluarga. Namun begitu, jika anda merasakan bahawa perut anda membesar secara mendadak dan tidak selari dengan berat badan anda, saya mencadangkan agar anda berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan perawatan yang sesuai. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan informasi dan penerangan yang lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.