haslinda

4 tahun

Kalau sakit kolesterol tinggi kena makan sayur je ke

Kalau sakit kolesterol tinggi kena makan sayur je ke?

Dr Ramzdhan,

4 tahun

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.

Pesakit kolesterol tinggi boleh makan makanan selain daripada sayur-sayuran. Pemakanan yang seimbang adalah amat penting.

Piramid makanan boleh digunakan sebagaai panduan untuk pemakanan yang seimbang. Ia diperbahagikan kepada lima kumpulan makanan yang diletakkan di empat aras.

  • Aras 1 mengandungi makanan seperti nasi, roti, ubi-ubian dan hasil bijirin. Ia merupakan sumber utama karbohidrat yang membekalkan tenaga, dan salah satu sumber baik untuk serat, vitamin dan mineral. Untuk aras 1, pilih makanan bijirin daripada bijirin penuh seperti bijirin penuh, roti bijirin penuh dan beras perang.

  • Aras 2 mengandungi sayur-sayuran dan buah-buahan. Ia merupakan sumber utama untuk vitamin, mineral dan serat yang menguatkan imuniti badan. Serat makanan juga boleh membantu menurunkan tahap kolesterol. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang pelbagai harus dimakan setiap hari.

  • Aras 3 mengandungi ayam, ikan, daging, kekacang dan hasil tenusu. Makanan ini membekalkan protein untuk membina tubuh. Ikan boleh dimakan dengan lebih kerap, terutamanya ikan seperti ikan salmon, ikan tuna dan ikan mackerel. Makanan laut seperti sotong, udang, ketam dan kerang-kerangan boleh diambil secara tidak berlebihan. Ayam dan daging boleh dimakan asalkan kulit dibuang sebelum dimasak dan bahagian tanpa lemak dipilih.

    Pengambilan organ dalaman seperti hati, jantung dan ginjal perlu dielakkan. Kekacang boleh diambil setiap hari kerana ia tidak mengandungi kolesterol tinggi dan rendah dalam kandungan lemak. Hasil tenusu rendah lemak masih boleh diambil secara tidak berlebihan.

  • Aras 4 mengandungi minyak, gula, garam dan lemak. Hadkan makanan dalam aras ini. Lauk-pauk harus dimasak dengan minyak sayuran yang sihat seperti minyak zaitun dan minyak bunga matahari. Pesakit kolesterol tinggi harus mengurangkan pengambilan makanan berlemak terutamanya lemak tepu dan lemak trans.

    Contoh sumber lemak tepu ialah susu dan hasil tenusu penuh lemak dan santan. Contoh sumber lemak trans ialah marjerin, makanan sejuk beku, makanan segera, makanan bergoreng dan produk bakeri.

Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (31)