
Sulit
5 tahun
Boleh saya tahu tanda tanda kolestrol dalam badan tinggi
Doktor boleh saya tahu tanda tanda kolestrol dalam badan tinggi.?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Tanda kolesterol tinggi memang sukar untuk dikenal pasti melalui simptom. Antara tanda yang boleh menunjukkan kolesterol dalam badan tinggi ialah:
- Terdapat ketulan pada kelopak mata yang tidak sakit 
- Ketulan pada bahagian jari atau lengan 
- Tekanan darah tinggi 
- Mudah lesu 
- Sakit kaki terutamanya bahagian betis 
- Kencing berbuih 
- Lapisan minyak apabila buang air besar 
Namun demikian, kadar kolesterol dapat dikenal pasti dengan lebih tepat melalui pemeriksaan darah.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.
















