Promosi eFarmasi Terkini Konsultasi bersama Pakar
Need Help?
Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Tahap Kolestrol LDL tinggi

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Januari 11, 2021 2:50 PM
Sulit 19 bulan

Saya seorang perempuan berumur 24 tahun. Pada bulan 10 yang lalu, saya membuat ujian darah di klinik kesihatan dan mendapati total kolestrol saya 5.7. kemudian sejak dari itu saya menjaga pemakanan, saya turunkan berat badan saya dari 65kg kepada 62kg. Saya juga ada melakukan senaman seperti bermain badminton, skipping, ping pong sejak itu. Tetapi sejak bulan 12 hingga kini saya jarang bersenam kerana kesibukan kelas online dan assingment. Kemudian beberapa hari lepas saya lakukan lagi cek kolestrol saya di farmasi dan total kolestrol saya turun ke 3.4 tetapi apa yang membimbangkan ialah HDL saya rendah iaitu 0.7 dan LDL saya tinggi iaitu 3.24. Apa yang perlu saya lakukan untuk atasi masalah ini doktor? Adakah membahayakan?

Dr Sashini Seeni 19 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami

Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, Ujian kolesterol memeriksa paras beberapa jenis lipoprotein dalam badan. Jenis-jenis lipoprotein dalam badan yang diukur adalah kolesterol total (jumlah kolesterol), trigliserida, kolesterol low density lipoprotein (LDL) dan kolesterol high density lipoprotein (HDL).

Untuk kolesterol total, paras yang selamat atau menunjukkan risiko rendah adalah <5.2mmol/L. Paras yang menunjukkan risiko sederhana adalah 2–6.2mmol/L, manakala risiko tinggi adalah >6.2mmol/L.

Trigliserida merupakan bentuk lemak yang dibuat dalam badan. Faktor-faktor yang meningkatkan paras trigliserida termasuk kekurangan aktiviti fizikal, obesiti, pengambilan minuman beralkohol, diet yang tidak sihat dan merokok. Kebanyakan orang yang mempunyai paras trigliserida tinggi mempunyai tahap LDL yang tinggi, tahap HDL yang rendah dan jumlah kolesterol yang tinggi. Paras yang selamat atau menunjukkan risiko rendah adalah <1.7mmol/L.

Low density lipoprotein (LDL) juga dikenali sebagai kolesterol buruk. Ini adalah kerana jenis lipoprotein ini biasanya akan melekat di dinding saluran darah dan menyebabkan pembentukan plak kolesterol. Plak kolesterol adalah penyebab utama aterosklerosis (saluran darah menjadi sempit dan keras), penyakit arteri koronari, serangan jantung dan serangan angin ahmar.

Risiko penyakit-penyakit ini akan dapat dikurangkan sekiranya tahap kolesterol LDL diturunkan. Untuk kolesterol LDL, paras yang selamat atau menunjukkan risiko rendah adalah <2.6mmol/L. Paras yang menunjukkan risiko sederhana adalah 2.6–4.1mmol/L, manakala risiko tinggi adalah >4.1mmol/L.

High density lipoprotein (HDL) juga dikenali sebagai kolesterol baik. Ia berfungsi untuk mengeluarkan kolesterol dari saluran darah dan membawanya kembali ke hati untuk disingkirkan. HDL juga mencegah pembentukan plak kolesterol dalam saluran darah. Untuk kolesterol HDL, paras yang selamat atau menunjukkan risiko rendah adalah >1.45mmol/L (untuk lelaki) dan >1.68mmol/L (untuk wanita).

Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.

Paras yang menunjukkan risiko sederhana adalah 0.9–1.45mmol/L (untuk lelaki), 1.15–1.68mmol/L (untuk wanita), manakala risiko tinggi adalah <0.9mmol/L (untuk lelaki), <1.15mmol/L (untuk wanita). Wanita mempunyai paras HDL yang lebih tinggi kerana mereka dilindungi oleh hormon estrogen sebelum menopaus.

Antara cara untuk menurunkan kolesterol adalah dengan mengubah gaya hidup yang lebih sihat seperti:

  • pemakanan yang seimbang dan berkhasiat
  • bersenam
  • tidak merokok

Terdapat ubat yang boleh membantu untuk mengurangkan kolesterol dalam badan, namun Untuk memilih ubat anti-kolesterol yang sesuai, anda patut berjumpa dengan doktor dan memberi sejarah kesihatan anda, supaya doktor boleh menasihatkan ubat yang paling sesuai untuk anda.

Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.

Woman%20Doctor

Dikemaskini pada: Mon Jan 11 2021 14:50:47 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.88
Ujian dan vaksin COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Ujian COVID-19 Dari RM70 Vaksin COVID-19 Dari RM109
Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA Saringan Kesihatan Dari RM100
Ambil Ujian Darah
Lakukan ujian darah di rumah anda sekarang. Dapatkan keputusan dalam 2 hari.
Tempah Saringan Darah
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Jantung/Kardiologi tentang kolesterol tinggi secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80

Soalan Teratas



Kategori


Alahan (35) Anemia (59) Apendiks (1) Asid Refluks (37) Asthma (18) Badan Gemuk (34) Batuk (361) Benjolan Di Kulit (439) Bisul (78) Buasir (255) Cara Berhenti Merokok (50) Chlamydia (12) Cirit Birit (96) Darah (17) Darah Nifas (19) Darah Tinggi (189) Dehidrasi (2) Demam (673) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (74) Derma Darah (26) Ejakulasi Pramatang (199) Ekzema (15) ENT (1187) Fibroid (32) Gallstone (3) Gastrik (84) Gigi & Gusi (580) Gonorea (67) Haid Berlebihan (198) Haid Berpanjangan (923) Haid Lewat (2133) Haid Sakit (252) Haid Tidak Teratur (2620) Hematologi (18) Hepatitis A (3) Hepatitis B (56) Hepatitis C (13) Herpes (94) Hipoglisemia (1) Hipotensi (23) HIV (417) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (6) HPV (44) Influenza (14) Insomnia (103) Jangkitan Coronavirus (3489) Jerawat (203) Kahak (122) Kandidiasis (8) Kanser (10) Kebas (306) Kecederaan (3) Keguguran (174) Kehamilan (2445) Kencing Manis (245) Keputihan (816) Keputusan Siasatan (106) Keracunan Makanan (17) Kesihatan Am (3829) Kesihatan Am Wanita (932) Kesihatan Kanak-Kanak (1213) Kesihatan Kulit (89) Kesihatan Lelaki (291) Kesihatan Mental (1035) Kesihatan Rambut (131) Kesihatan Seksual (2709) Ketiak (9) Ketinggian (24) Ketuat (66) Ketumbuhan (3) Kolesterol Tinggi (71) Kulat di Faraj (141) Kurang Berat Badan (101) Kurang Selera Makan (65) Kurap (48) Kutu (7) Lebam (6) Makanan Tambahan (113) Masalah Buah Pinggang (71) Masalah Kencing (1111) Masalah kesuburan (18) Masalah Peluh (87) Masalah Penglihatan (27) Masalah saraf (24) Masalah Tangan Dan Kaki (673) Masalah Tidur (148) Mati Pucuk (375) Migrain (57) Mual & Muntah (192) Mulut Berbau (21) Najis Abnormal (322) Najis Berdarah (189) Pedih Ulu Hati (98) Pelindung muka (5) Pencegahan Koronavirus (69) Pendarahan Coklat (195) Pendarahan Spotting (250) Penerangan Penyakit (260) Penerangan Vaksin (8) Pening Kepala (229) Penuaan (6) Penyakit Hati (1) Penyakit Jantung (260) Penyakit Kelamin (1184) Penyakit Kulit (1877) Perancangan Keluarga (1263) Pil Perancang Kecemasan (612) Pitam (94) Prosedur Perubatan (282) Psoriasis (18) Sakit Badan (737) Sakit Belakang (230) Sakit Dada (1220) Sakit Kepala (1498) Sakit Leher (30) Sakit Lutut (201) Sakit Mata (419) Sakit Mulut (107) Sakit Otot (73) Sakit Payudara (485) Sakit Perut (1872) Sakit Pinggang (268) Sakit Sendi (7) Sakit Tekak (676) Sakit Telinga (108) Sakit Tulang (203) Sakit Tumit (81) Selsema (62) Selsema burung (4) Sembelit (137) Sendawa (55) Sesak Nafas (937) Sifilis (115) Sinusitis (40) Strok (50) Tidak Datang Haid (227) Tidur Berdengkur (10) Tiroid (205) Tonsil (100) Trauma (15) Ubat-Ubatan (739) Ujian Kehamilan (682) Ulser mulut (34) URTI (107) Vaksin COVID-19 (744) Vitamin dan Nutrisi (115) Wabak bubonic (4)