Sulit
4 tahun
Kanak-kanak berusia 2 tahun 10 on off off selama 3 hari dan boleh ke klinik untuk permeriksaan lanjutkah?
Hi doktor… anak saya berumur 2 tahun 10 bulan telah demam on off selama 3 hari… demam antara 37-38. Pada bulan feb yg lepas dia pernah admit hospital kerana demam tinggi dan mengalami sawan pada kali pertama. Sawan hanya terjadi sekali sahaja. Bolehkah sy ke klinik untuk pemeriksaan lanjut dan perlu on antibiotik? Atau hanya continue bg pcm?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Untuk pengetahuan anda, demam adalah merupakan reaksi tubuh badan kita terhadap jangkitan. Demam bukan penyakit, tetapi demam adalah merupakan gejala bagi sesuatu penyakit. Suhu tubuh kanak-kanak yang normal adalah sekitar kurang daripada 38dc.
Merujuk kepada bacaan suhu anak anda yang yaitu 38 paling tinggi dan mempunyai sejarah sawan, anda disarankan untuk membawa anak anda berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut. Demam yang tidak membaik dengan ubat, terutamanya pada anak sebaiknya dibawa ke doktor untuk dilakukan pemeriksaan lanjut dan dicari tahu penyebab demam. Boleh jadi anak anda terkena jangkitan kuman atau virus yang memerlukan ubat lebih daripada sekadar ubat demam sahaja. Oleh itu, sebaiknya anda mendapatkan konsultasi doktor untuk kondisi ini.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih