selipar037
3 tahun
Kanak-kanak sembelit
Sesuai ke tak beri avelac 667mg/ml lactulose kepada kanak-kanak 18 bulan? Sukatan ubat?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman puan, terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan sembelit. Antaranya:
Pengaruh gaya hidup- Pola makan yang kurang sehat, seperti kekurangan serat serta kekurangan air
Menunda buang air besar- Sering kali anak-anak maupun orang dewasa menunda untuk buang air besar kerana perasaan takut, malu, atau tiada privasi untuk menggunakan tandas
Pengaruh ubat-ubatan- Ubat-ubatan tertentu seperti suplemen kalsium, suplemen zat besi, ubat antiepilepsi, antidepresan, antipsikotik, dan antidiuretik boleh menyebabkan sembelit
Dengan mengenalpasti faktor, langkah pencegahan dapat diambil seperti:
Banyakkan serat dalam pemakanan
Banyak minum air
Jangan tangguh apabila mahu ke tandas
Berbalik kepada soalan anda mengenai ubat avelac, kami tidak dapat memberi jawapan yang anda kehendaki. Hal ini kerana sebelum membuat keputusan samada rawatan ini sesuai atau tidak serta sukatan ubat dan kekekerapan, maklumat lebih lanjut diperlukan.
Berikut adalah panduan umum untuk sukatan ubat untuk kanak-kanak 1-6 tahun. Pengambilan pertama 5-10 mL dan seterusnya : 5-10 mL. Untuk mengetahui jika ubat ini sesuai untuk anda ambil atau tidak, sila rujuk kepada doktor untuk mendapatkan rawatan yang tepat. Terima kasih