Sulit
3 tahun
Kanak2 umur 2 tahun susah buang air besar
Anak saya berumur 2 tahun setiap kali mahu membuang dia akan menangis sakit .Sangat susah untuk membuang sehingga dia tidak lalu makan dan berat badan turun mendadak.Kadang kala hanya darah sahaja yang melekat di pampers.Ape penyakit anak saya doktor ape perlu saya lakukan saya amat risau dan sedih.
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Hal ini kerana maklumat lanjut mengenai masalah anda harus diketahui. Untuk makluman anda, kanak-kanak secara normal membuang air besar sebanyak 3 kali sehari sehingga 3 kali seminggu sahaja. Berkemungkinan anak anda tidak mengalami sembelit dan ianya sememangnya normal bagi dia. Lebih-lebih lagi jika dia tidak merengek atau mengadu sakit perut, masih aktif serta membesar dengan baik.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.
Terima kasih