
Sulit
5 tahun
Ke klinik beberapa hari sebelum doktor di klinik tersebut didapati positif covid-19
salam. sy dan anak ke klinik pada 28 mac. namun pada hari ini sy dpt info yg salah seorang doktor (tetapi bukan doktor yg kami jumpa) d klinik tersebut positif covid-19. perlu kah saya dan anak kuarantin @ menjalani ujian saringan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Buat masa sekarang, oleh kerana anda tiada kontak rapat dengan doktor tersebut, anda boleh teruskan memantau kesihatan anda sahaja. Sekiranya arahan daripada pihak KKM diberi untuk sesiapa yang ke klinik tersebut untuk membuat ujian saringan, maka anda perlu berbuat demikian.
Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini