Sulit
4 tahun
Keadaan haid yang tidak teratur dan cuma sekejap sahaja
Hai saya wanita berumur 26 tahun. Berkenaan dengan haid, saya selalu datang period 3-4 hari dah 3 tahun macam tu. sikit sangat macam tak normal. Satu hari je penuh dan hari seterusnya dia tak penuh dan cuma keluar sikit sikit warna coklat. Baru baru ni, saya period tapi 3 hari sahaja. Hari pertama okay tapi tak penuh sangat. Hari kedua dan ketiga cuma keluar coklat2 je. Saya tak faham kenapa macam tu? Adakah ini normal? Saya belum berkahwin. Senggugut saya sangat sakit, dan keputihan saya banyak dan ada bau yang tidak menyenangkan. Saya perasan macam ada jerawat di tundun kemaluan saya dah banyak kali tumbuh.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah haid tidak teratur ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!



























