Sulit
3 tahun
Keadaan pengambilan postinor
Sekiranya isteri saya mengambil postinor pertama pada waktu pertengahan subur,adakah masih mampu mengelak kehamilan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, postinor boleh berkesan dalam masa 72 jam selepas hubungan seks tanpa perlindungan pada bila-bila masa dalam kitaran haid. Untuk perancangan keluarga yang lebih berkesan, isteri anda boleh berjumpa dengan doktor untuk membincangkan kaedah perancangan yang sesuai dengan anda:
- Pil perancangan kombinasi estrogen dan progesteron
- Pil progesteron sahaja
- Suntikan perancang
- Implan perancang
- IUCD
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.