
Sulit
4 tahun
Keadaan zakar ketika posisi duduk dan berdiri bagi lelaki
Saya ingin bertanya… Adakah saiz zakar lelaki normal berbeza ketika dalam posisi duduk dan berdiri… Dan juga tahap keanjalan zakar seperti zakar sedikit lembik ketika duduk dan sedikit keras pada batang zakar ketika berdiri

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kemusykilan anda tentang perkara ini. Bagaimanapun, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan penjelasan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, ini merupakan keadaan yang biasa dan ia tidak memerlukan sebarang rawatan. Semasa anda berdiri, otot di sekitar pinggang anda akan tegang dan menyebabkan akar zakar anda tegang dan bergerak ke dalam sikit. Jika anda masih risau, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor di hospital untuk mendapatkan pemeriksaan yang lebih lanjut.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah