Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Kebarangkalian LUPUS/SLE

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: Mei 21, 2020 3:07 AM

Sulit 15 hari

Saya berumur dalam 28 tahun. saya ada melihat satu sharing berkenaan sesetengah ubat boleh menyebabkan LUPUS, iaitu satu keadaan yang mana sistem antibodi badan menyerang sel sel sihat (betulkan jika salah). Dan menerusi pembacaan, ubat ISonazaid merupakan salah satu faktor. Jadi boleh terangkan keberangkalian berlakunya LUPUS pada mereka yang mengambil ubat Isonazaid itu? jangkamasa simptom, jenis simptom dan lain lain yang berkaitan. Setakat ini setelah sebulan tiada apa apa yang berlaku termasuk kekebasan yang mana dikatakan kesan biasa yang dialami oleh pesakit. *Pengambilan adalah untuk cegah Tibi dan pesakit juga mengambil Haart

Dr Sri Viknarajan 15 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda,Sistemik lupus eritematosus (SLE), atau lupus, adalah penyakit kronik “autoimmune” di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri. Ini menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan

Setiap pesakit mempunyai gejala yang berbeza-beza, iaitu samada sederhana atau serius.Gejala SLE yang lazim ialah sendi bengkak dan sakit (arthritis), demam yang tidak diketahui puncanya, dan keletihan yang amat sangat. Terdapat juga tompok-tompok merah (malar rash) di pipi dan hidung seperti bentuk “kupu-kupu”. Ruam juga boleh timbul di muka dan telinga, di bahagian atas kedua lengan dan tangan, bahu dan dada. Oleh kerana pengidap SLE sensitif kepada cahaya matahari (fotosensitif) tompok-tompok merah ini akan menjadi lebih teruk selepas terdedah kepada matahari.

Berbalik kepada soalan anda berkenaan dengan ubat isoniazid yang akan menyebabkan masalah lupus, perkara ini masih dalam kajian dan belum ada keputusan kajian yang pasti. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Thu May 21 2020 03:07:11 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Sulit
Ibu jari tangan kanan tiba2 bengkak saya berumur 46tahun. sejak 2 hari lepas ibu jari tangan kanan saya secara tiba2 berasa sakit disekitar sendi tengah jari tersebut dan membengkak pada pagi ini. Sebelum ini saya tidak ada berla… Baca lagi...
2 hari
Sulit
Masalah kebotakan rambut Sebelum ini saya pernah ambil propecia selama setahun tapi saya dapati kesan agak perlahan sangat,boleh tak saya nk bertukar kepada avodart dan apa kesan sampingan? Baca lagi...
9 hari
Sulit
Hidung saya macam ada warna merah dalam dia sebelah kanan besar Assalam dokter saya nak tanya la hidung saya ni sebelah kanan mcm ada benda warna merah besar. Sebelah kiri kecil je. Saya google ni penyakit polip . Mcm mana nk ubat nya dokter sebab dia dah be… Baca lagi...
38 jam
Sulit
Biji di leher kiri bawah dagu Saya wanita berumur 23 tahun. Saya perasan ada benjolan keras di leher kiri di bawah dagu. Benjolan ini tidak sakit mahupun menghalang saya untuk makan. Apakah penyebab benjolan ini dan adakah i… Baca lagi...
8 hari
Sulit
Tips gaya hidup sihat selamat sejahtera doktor, bolehkah doktor sarankan beberapa tips untuk mengamalkan gaya hidup sihat supaya dapat mengelakkan diri daripada penyakit-penyakit yang biasanya dihadapi oleh wanita? Baca lagi...
2 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi