
Sulit
3 tahun
Kebas alat sulit selepas beronani
Saya lelaki umur 22 tahun, saya telah melakukan aktiviti onani sepanjang beberapa tahun ini, boleh katakan setiap hari, dan beberapa hari lalu, saya baru perasan alat sulit saya terdapat kawasan yang kebas dan ada juga yang kurang deria rasa, pada belah kanan alat sulit pula ada urat yang “firm” dan lain rupa dari urat pada belah lain alat sulit saya, pada kawasan itu juga saya tak merasa sebarang deria rasa sekiranya saya sentuh atau usap pada kawasan tersebut, tetapi sekiranya saya garu, cubit, atau cucuk barulah rasanya derianya (bukan sepenuh kebas). Alat yang digunakan untuk onani adalah sabun, dan baru sahaja saya dapati sabun merupakan elemen yang bahaya digunakan untuk beronani akan kerana ia boleh menyebabkan “skin irritation”. Saya juga perasan bahawa ejakulasi bukanlah perkara susah dan juga mudah sepertimana saya dapat lakukan sebelum ini ( tidak pasti akan kerana anxiety / depression yang menyebabkannya). Terdapat juga kekebasan (sekira saya mengusapnya) pada groin saya dan ada deria rasa sedikit sekiranya saya garunya.

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Kekebasan zakar boleh disebabkan oleh masalah pengsarafan pada zakar yang boleh berpunca daripada kecederaan, ubat-ubatan dan juga masalah khas seperti Multiple Sclerosis .
- Peyronie’s disease merupakan salah satu penyakit zakar dimana parutan tisu terkumpul di dalam zakar yang disebabkan oleh kecederaan. Ia juga boleh mengganggu pengsarafan zakar sehingga menyebabkan kekebasan. Ciri-ciri khas ialah zakar yang kelihatan bengkok.
- Penyakit kencing manis boleh mengganggu sistem pengsarafan secara am termasuk bahagian zakar.
- Penyakit yang mempengaruhi otak atau saraf tunjang.
- Mempunyai tahap hormon lelaki iaitu Testosterone yang rendah. Kemungkinan tahap hormon testosteron yang rendah boleh berkait dengan aktiviti beronani secara berlebih dan juga kekebasan pada zakar.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor