Sulit
3 tahun
Kebas bahagian pinggang kiri
Sejak kebelakangan ini saya rasa pinggang saya rasa kebas…saya sering menahan kencing ketika saya bekerja ada kurang minum air…Dan ketika saya membuang najis ,najis saya seperti taik kambing … Terimakasih doktor
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Malangnya, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Untuk makluman pihak anda, masalah kebas adalah disebabkan masalah dengan urat saraf di bahagian kulit. Terdapat pelbagai sebab yang boleh menyebabkan masalah kepada urat saraf antaranya:
Aliran darah yang tidak mencukupi
Trauma
Neuropathy
Selain itu, saya berpendapat, najis seperti tahi kambing tidak dapat untuk merujuk kepada apa-apa masalah.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.