Sulit
2 tahun
Kebas di tangan sebelah kiri
Saya wanita berumur 16 thn yg mengalami kebas2 di sebelah tangan kiri saya terasa tegang bila saya mengerakkan tangan sya tapi mmpunyai deria sudah 3 hari sye biarkn tetapi sebelum tangan sye kebas dagu kiri dan kanan sye terase bengkak mengikut masa macam mne nk atasi masalh terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Melalui keterangan diatas, anda mengalami masalah kebas pada tangan kiri dan menggangu pergerakan tangan. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Untuk makluman anda, gejala yang sedang anda hadapi boleh disebabkan oleh masalah seperti:
- Aliran darah yang tidak mencukupi
- Mengangkat ataupun melakukan kerja berat
- Bahagian tangan yang tertindih
- Kedudukan dan posisi tangan yang salah sewaktu melakukan aktiviti
Namun begitu, masalah yang anda alami juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti:
- Trauma
- Diabetes atau kencing manis
- Masalah otot dan juga saraf
- Kekejangan otot
Justeru, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut mengenai cara bagaimana untuk mengatasi masalah yang anda hadapi .
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih