Sulit
5 tahun
Kebas kaki dalam tempoh mengambil suntikan perancang
sebulan lepas saya ada mengambil suntikan perancang. sekarang saya ada rasa kebas-kebas di betis dan haid menjadi panjang dri biasa. adakah itu petanda saya tidak sesuai dengan suntikan itu?? apakah yang harus saya lakukan??
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doctor.
Saya akan cuba menjawab soalan yang diajukan oleh anda. Untuk makluman anda, suntikan perancang boleh memberi kesan sampingan seperti berikut:
- haid tidak teratur
- mual/loya
- berat badan berlebihan
- emosi tidak stabil
- kekurangan nafsu untuk bersama
Bagi masalah kebas di kaki, ia mungkin disebabkan perkara berikut:
- elektrolit tidak stabil
- kencing manis
- darah tinggi
- masalah saraf
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih.



































