Anonymous
4 tahun
Kebas kebas jari seblah kanan
Sy wanita berumur 32 thn, Ada 3 org anak, mengalami kebas2 tangan sejak mengandung anak ketiga, Dan sembuh selepas melahirkan anak itupun selepas tiga bulan Dari lepas bersalin baru jari seblah kanan sy sembuh sepenuhnya…to kini skarang ni suda tiga Hari jari seblah kanan sy tiba2 trasa kebas2 kembali tp skejap she trasa kebas bila sy rehat kan tangan Dan jari sy ,kebas2 yg trasa d tapak tangan Dan hujung jari sy seblah kanan hilang, Ada sebab lain ke doktor kenapa trasa tapak tangan Dan hujung jari kanan sy ni trasa kebas2 kembali datang? Apa puncanya doktor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca kebas tangan :
- Carpal Tunnel Syndome
Carpal Tunnel Syndrome adalah satu keadaan dimana berlaku tekanan kepada saraf Median (‘Median Nerve’) di pergelangan tangan seseorang. - Neuropati Diabetes
Kebas atau kesemutan di kaki adalah gejala pertama bagi kebanyakan pesakit dengan kerosakan saraf daripada diabete Hal ini juga boleh menjadi punca rabun dekat semakin serius. - Hyperthyroidism
Hipertiroidisme kebanyakan disebabkan oleh penyakit Graves, yaitu suatu kondisi yang terjadi akibat kelainan sistem autoimun yang menyerang tubuh dan meningkatkan produksi hormon tiroksin pada kelenjar tiroid.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.