Sulit
3 tahun
Kebas tangan dan kaki cramp
Saya lelaki berumur 64 tahun dan mengalami kencing manis.pada bacaan 6-7 mmol.Saya sering mengalami kebas-kebas di kedua-dua tangan dan seringkali mengalami kekejangan dikedua-dua kaki.Boleh saya tahu apa masalah kesihatan saya.Terima kaseh
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kebas tangan dan kaki. Untuk makluman anda, kebas tangan yang anda alami dapat berpunca daripada beberapa perkara seperti:
- kecederaan pada brachial plexus
- carpal tunnel sydrome
- kekurangan vitamin b12
- diabetic neuropathy
- ganglion cyst
- strok
- penyakit autoimun
Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor segera sekiranya anda mengalami gejala seperti:
- Kebas yang berpanjangan
- Loya dan muntah
- Sakit tangan
- Hilang/gugur bulu di bahagian tangan
- Kekejangan
- Badan tidak boleh seimbang
- Penat dan lesu
Berkenaan dengan masalah kekejangan pada kaki, maklumat lanjut daripada anda adalah diperlukan sebelum punca sebenar dapat dikenalpasti. Kekejangan otot dapat berpunca daripada masalah kekurangan oksigen di dalam otot, dehidrasi dan juga kekurangan mineral dalam badan. Oleh itu, jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah kebas.