Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Kebas tangan hingga ke bahu

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: April 27, 2020 10:27 AM

Sulit 2 bulan

Saya wanita berumur 25 tahun. Saya mengalami masalah kebas pada bahagian tangan, lengan sehingga ke bahu. Ini terjadi pada kedua-dua belah tangan. Ia menyebabkan tangan saya terasa lemah dan kurang deria sentuhan. Kadar kekebasan ini akan makin teruk sekiranya saya menundukkan kepala. Perkara ini boleh berlaku dengan kekerapan 3-4 kali sehari dan setiap kali ianya berlaku ia mampu menyebabkan rasa kebas selama 20 mins. Biasanya saya akan cuba mengurut tangan dan menggunakan minyak angin untuk menghilangkannya. Harap doktor boleh berikan pandangan. Terima kasih

Dr Sashini Seeni 2 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kedua-dua tangan kebas boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • Kencing manis
  • Akibat saraf terjepit
  • Cervical syndrome terkait saraf
  • Muscle strain akibat pergerakan otot yang keras
  • Penyakit autoimun
  • Akibat penyakit hormon seperti tiroid

Memandangkan gejala ini telah berlangsung beberapa kali sehari dan dapat menganggu aktiviti harian anda, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.

Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Mon Apr 27 2020 10:27:03 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Sulit
Tangan kiri kebas semasa baring Saya wanita berumur 22 tahun. Saya telah mengalami kebas tangan pada sebelah kiri dalam masa sebulan ini. Kebas tersebut terjadi apabila saya sedang baring dan akan terasa sangat sakit dan kebas… Baca lagi...
25 hari
Sulit
Sakit belakang, kebas kaki , kaki jadi lemah dan jatuh tetiba umur saya 24 tahun, saya selalu sakit belakang bila terlalu sejuk dan stress dan kaki pun jadi kebas, bila jalan kaki jadi lemah dan jatuh tetiba. saya start sakit ni dari umur 15 tahun lepas ka… Baca lagi...
29 hari
Sulit
Lidah berasa kebas dan berdenyut Hai Dr, sy ingin bertanya kenapa lidah saya berasa kebas dan spt selepas makan buah nenas. Dan pada masa yg sama ade berada berdenhyut dan bergerak. Dh sebulan sy rasa tidak selesa dengan lidah … Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Pain and numbness in shoulders hi/salam. sejak kebelakangan ni pada tengah malam saya selalu rasa demam panas tetiba dan dah dua hari juga di bahu belah kanan saya berasa kebas dan tak selasa. boleh saya tahu punca sebab apa?… Baca lagi...
39 hari
Sulit
Kebas pada kedua-dua belah tangan, dari siku hingga ke hujung jari Saya seorang wanita berumur 50 tahun. Saya telah alami kebas tangan dari siku hingga hujung jari bagi kedua-dua belah tangan saya lebih kurang 3 tahun lebih. Saya selalu minta diurut oleh tukan … Baca lagi...
2 bulan
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi