Sulit
3 tahun
Kecedaraan di bahagian lutut
3 minggu lepas saya bermain sukan futsal dan mengalami kecederaan.sudah mendapat kan konsultasi dengan doctor, tetapi hingga hari ini lutut saya masih sakit .aktiviti terbatas,saya tidak boleh mencangkung dan duduk dengan melipat kaki. Apa langkah yang perlu saya buat?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham situasi yang anda sedang alami. Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab mengalami masalah sakit lutut tersebut:
- Kecederaan ligamen
- Kecederaan meniskal
- Tulang patella terkehel
- Tulang lutut retak atau patah
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Anda perlu berjumpa doktor dengan segera sebelum keadaan menjadi lebih teruk dan supaya rawatan awal dapat diberikan.
Masih risau dengan sakit lutut anda? Usah gusar, pakar tulang (Orthopedik) kami sedia membantu!
Untuk menjawab soalan anda, rawatan untuk lutut anda ini bergantung pada keputusan dan kesimpulan yang dibuat oleh doktor yang memeriksa anda. Anda juga boleh melakukan senaman ringan untuk menguatkan lutut anda tetapi ia perlulah dilakukan pada tahap kemampuan anda.
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami di atas talian. Privasi anda akan kami jaga, terima kasih.