
Sulit
4 tahun
Kecelaruan emosi, fikiran dan sedikit hilang ingatan selepas kemalangan motorsikal
saya mewakili sahabat perempuan saya yang berusia 27 thn, beliau terlibat dengan kemalangan motor yang agak teruk. selepas sedar, beliau menunjukkan tingkah laku yang agak pelik:
- suka menangis, emosi tidak stabil
- celaru dengan situasi semasa, suka bercakap berkaitan perkara yang tidak berkaitan. Contohnya: “semalam saya pergi ke langkawi” sedangkan dia ada sahaja di rumah.
- kenal nama orang sekeliling, tapi tak ingat memori lalu bersama org tersebut
keputusan ct scan dah dpt, tapi doktor beritahu tiada sebarang kecederaan… adakah sahabat saya perlu dapatkan sebarang rawatan lain? atau perlu rujuk kemana mana psikiatri? adakah sahabat saya berpeluang untuk sembuh seperti dulu? sehingga hari ini, dah nak masuk 3 minggu keadaan sahabat saya begitu.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda dihadapi. Namun begitu, masalah yang rakan anda hadapi adalah kompleks dan memerlukan maklumat lanjut, pemeriksaan serta ujian tertentu juga mungkin diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Biasanya masalah ingatan atau sebarang masalah berkaitan otak lebih difahami oleh doktor pakar otak dan saraf atau dipanggil neurologist. Saya mencadangkan agar anda merujuk masalah anda ini kepada pakar otak agar pemeriksaan dan ujian untuk mengenal pasti punca gejala yang anda hadapi serta dirawat dengan betul dan tepat.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat lanjut tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.