Sulit
3 tahun
Kegatalan di kemaluan dan kelankang
Sy berusia 29 tahun dan ibu yang menyusukan anak. Sy mengalami masalah kegatalan di sekitar kemaluan dan kelankang Sejak 3rd trimester mengandungkan anak sy yg kedua hingga kini anak dah berusia 1tahun. Sy da mencuba pelbagai cara tp masalah masih belum selesai. Adakah ini disebabkan fungus? Jika ya. Ubat apa yg sesuai utk sy atasi masalah ini tanpa memberi kesan pada susu badan. Sy dah tak tahan menangung nya tapi sgt malu utk berjumpa doc.
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, masalah kegatalan di kemaluan ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penggunaan estrogen secara ubat makan
- Peningkatan estrogen daripada kehamilan atau obesiti.
- Penghidap penyakit kencing manis atau golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti pesakit yang menjalani kemoterapi atau mempunyai jangkitan HIV dan juga pesakit pemindahan organ
- Penggunaan antibiotik spektrum luas untuk jangka masa yang lama juga boleh mengakibatkan jangkitan kulat faraj
- Menghidap penyakit kelamin
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor supaya dapat mengelakkan kegatalan di kemaluan lagi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.