
hananiahasnisham
5 tahun
Kegatalan miss v dan period
Sebenarnya saya segan untuk cerita kan ini semua tapi saya perlu jelaskn… Apa punca kegatalan miss v dan apa yang perlu dilakukan.
Kenapa bila datang bulan, jadi tidak selesa, sakit Perut sangat apa tindakan yang perlu di buat

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kegatalan pada kemaluan anda boleh disebabkan:
- Pengabilan hormon estrogen
- Jangkitan kulat seperti kandidiasis
- Peningkatan estrogen daripada kehamilan atau obesiti.
- Penghidap penyakit kencing manis atau golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah
- Penggunaan antibiotik spektrum luas untuk jangka masa yang lama juga boleh mengakibatkan jangkitan kulat faraj
- Menghidap penyakit kelamin
Antara langkah-langkah yang boleh anda ambil bagi mengurangkan masalah ini adalah:
- Krim antikulat bagi jangkitan kulat
- Digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- Elakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
Gejala sakit perut setiap kali datang haid boleh disebabkan beberapa faktor ketidak-stabilan hormon, endometriosis, fibroid dalam rahim atau masalah usus seperti sembelit. Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.