faraelyza7
6 tahun
Kegatalan seluruh badan
Saya fara sejak kebelakangan ini saya sering mengalami kegatalan pada seluruh badan saya tapi saya pelik gatal itu tidak seperti kegatalan yang lain semakin saya garu tempat gatal itu ia akan merebak ke tempat lain.
6 tahun
Salam sejatera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kegatalan pada bahagian yang anda nyatakan boleh disebabkan pelbagai jenis masalah kulit.
Maklumat lanjut tentang radang kegatalan tersebut haruslah diketahui sebelum saya boleh membuat kesimpulan. Antaranya adalah:
- Ciri-ciri radang tersebut
- Sebarang pencetus radang
- Apakah yang membuatnya semakin teruk
- Sebarang cara yang boleh melegakannya
- Adakah ini kali pertama radang sedemikian muncul
Kami juga memerlukan latar belakang kesihatan anda seperti sebarang allergi yang dialami. Oleh itu, adalah disarankan untuk anda mendapatkan nasihat lanjut bagi mengatasi masalah anda. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma. Terima kasih.

































