Tanya Doktor

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Kegatalan Vagina - Wanita mengandung

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Oktober 19, 2020 6:29 AM

Sulit 44 hari

Saya berumur 29 tahun, mengandung 15 minggu. Sejak sebelum berkahwin, saya sering mengalami gatal2 di bahagian luar vagina saya. Saya pernah mengambil ubat makan, dan krim untuk rawatan semasa sebelum kahwin. Sejak dahulu hingga sekarang sekiranga gatal2, saya menggunakan Travocort Cream. Saya juga menggunakan pantyliner/pad sebagai pelapik. Kekerapan gatal2 setiap 2-3bulan sekali.

Soalan saya, adakah Travocort Cream ini selamat digunakan bagi wanita mengandung?

Jika tidak, apakah ubat yang sesuai yg boleh disarankan untuk saya?

Dr Ramzdhan 44 hari
General Practitioner

Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami

Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, travacort cream adalah ubat untuk merawat jangkitan kulat namun begitu, ia tidak digalakkan digunakan sewaktu hamil kerana ia boleh mendatangkan kesan sampingan kepada bayi dalam kandungan.

Anda juga dinasihatkan untuk tidak menggunakan ubat ini dalam kadar yang banyak. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor di klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan yang lebih sesuai untuk anda gunakan.

Terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan kegatalan pada bahagian alat sulit, antaranya ialah:

  • Vaginosis bakteria - Ianya normal untuk mempunyai campuran bakteria yang sihat di dalam faraj tetapi bakteria yang tumbuh boleh menyebabkan jangkitan. Selain gatal-gatal, gejala lain yang datang dengan vaginosis bakteria adalah keradangan, vagina terasa panas, keluar lendir dan bau hanyir.
  • Penyakit kelamin (STD) - Chlamydia, herpes di kemaluan, ketuat kelamin, trichomoniasis, gonorrhea dan organisme lain juga oleh menyebabkan gatal-gatal faraj / vulvar dan kerengsaan dan gejala lain.
  • Jangkitan yis (kandidiasis vagina) - Kira-kira tiga daripada setiap empat wanita akan mengalami jangkitan yis pada satu ketika dalam kehidupan mereka. Jangkitan yis berlaku apabila yis, candida, tumbuh berlebihan dalam vagina dan vulva. Kehamilan, persetubuhan, antibiotik, dan sistem pertahanan tubuh yang lemah boleh membuat wanita lebih cenderung mendapat jangkitan yis. Selain gatal-gatal dan kerengsaan, jangkitan yis akan menghasilkan lendir yang likat, putih, licin.
  • Menopaus/pil atau suntikan kontrasepsi - Penurunan pengeluaran estrogen yang berlaku pada akhir tahun kesuburan wanita boleh menyebabkan dinding faraj menjadi nipis dan kering. Ini boleh menyebabkan gatal-gatal dan radang. Penipisan dinding faraj juga menjadi masalah kepada beberapa wanita yang menyusu.
  • Radang disebabkan bahan kimia - Sebilangan bahan kimia, termasuk krim, douches, kondom, kontraseptif, bahan pencuci pakaian, sabun, kertas tandas yang berminyak, dan pelembut kain boleh merengsakan vagina dan vulva.

Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.

Untuk mendapatkan rawatan yang tepat, pemeriksaan fizikal perlu dibuat untuk mendapatkan maklumat dan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar.

Dikemaskini pada: Mon Oct 19 2020 06:29:48 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Farmasi tentang ubat-ubatan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Folic Acid Untuk lelaki baik atau tidak Hi, apa kesan bila lelaki makan folic acid? Adakah hanya untuk perempuan sahaja makan folic acid? Baca lagi...
2 hari
Sulit
Pertanyaan mengenai ubatan day Selamat sejahtera dr, saya mengalami tinea versicolour for almost 3 year , saya telah mencuba krim yang direkomendasi oleh pharmacies , krim itu. berkesan tetapi tinea versicolour ni dah merebak… Baca lagi...
30 hari
Sulit
Ingin bertanyakan tentang Multivitamin Hello doc, saya ingin tanya adakah multivitamin selamat dimakan oleh pesakit darah tinggi? Apakah ia akan memberi kesan sampingan kepada si pemakan? Dan dia memang under medication dari pakar ho… Baca lagi...
3 jam
Sulit
Mengambil obimin sebelum disahkan hamil.. Untuk anak ke 2 Hi doc, saya tengah merancang untuk mendapatkan anak ke 2, bolehkah saya mengambil obimin sebelum saya hamil? Baca lagi...
27 jam
Sulit
Keletihan selepas makan ubat Hai Dr. Saya najwa umur 23. Saya mengalami keletihan yang terlampau, rasa loya dan pening. Saya perasan perubahan selepas makan sejenis ubat resdung. Apakah masalah yang dialami saya Baca lagi...
23 hari