
Anonymous
6 tahun
Kegatalan vagina wanita
Assalamualaikum doktor saya nak Tanya… Kenapa saya selalu mengalami kegatalan pada bahgian sulit walaupun tiada keputihan yang keluar… Dulu saya pernah menggunakkan candid b krim untuk merawat masalah ni. Jika saya menukar ubat Dan menggunakan econozine krim untuk merawat masalah INI tanpa berjumpa doktor terlebih dahulu adakah iainya berbahaya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penggunaan estrogen secara ubat makan
- Peningkatan estrogen daripada kehamilan atau obesiti.
- Penghidap penyakit kencing manis atau golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti pesakit yang menjalani kemoterapi atau mempunyai jangkitan HIV dan juga pesakit pemindahan organ
- Penggunaan antibiotik spektrum luas untuk jangka masa yang lama juga boleh mengakibatkan jangkitan kulat faraj
- Menghidap penyakit kelamin
Adalah amat disarankan sebelum mengambil ubat untuk merawat masalah anda adalah amat disarankan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor supaya rawatan yang tepat dapat diberikan .
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.