
ainulfadhlina
5 tahun
Kegatalan yang teruk pada kulit
Saya wanita berumur 23 tahun. Saya mengalami kegatalan pada kulit yang teruk hampir 3 tahun. Ia semakin teruk dan merebak ke kawasan lain. Antaranya kawasan paha dan sekitarnya, kepala, dahi, telinga, kaki dan badan. Luka-luka kecil yang saya alami tidak sembuh dan menjadi gatal, luka tersebut semakin besar dan seperti kurap. Saya ada G6PD. Saya pernah buat medical checkup dan maklumkan pada doktor tapi doktor tersebut hanya bagi krim sapuan yang mengandungi steroid. Gatal tersebut tidak sembuh malah semakin teruk. Saya perlukan pencerahan dan saya harap penyakit ini dapat disembuhkan kerana menganggu kehidupan seharian saya. Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Kulit gatal boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan kulat
- Ekzema: biasanya disebabkan alahan
- Kurap (ringworm)
- Dermatitis: radang kulit yang boleh disebabkan alahan kepada bahan kimia biasanya pada produk pencuci
- Psoriasis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.