Anonymous
6 tahun
Keguguran dan haid melebihi 15 hari
saya wanita berumur 34thn…pd 16 mei 2019 saya telah keguguran kandungan 12 minggu dan buat d&c…pd 22 mei 2019 tiba2 saya mengalami sakit di bahagian pinggang dan di dapati pd pad saya ada janin…setealah itu saya ke klinik utk membuat imbasan scan samaada masih tertinggal sisa2…setelah itu pd 23hb jun 2019 saya di datangi haid…dlm masa 5 hari darah seperti biasa…hari ke 6 hanya darah coklat2 dan sikit2…saya hanya pakak pinterliner…smpai skrng darah saya masih keluar tetapi dlm kuantiti sikit…kdng2 tidak melekat pn pd pinterliner…oohh ya mnggu lepas saya ade ke klinik utk imbasan scan samaada ade masalah ke tidak…doktor ckp ia horman…blh terangkan pd saya…
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, pendarahan yang berlaku selepas prosedur D&C adalah dijangkakan dan akan mengambil masa kadang kala berminggu-minggu. Hal ini kerana prosedur tersebut ada kalanya tidak membuang kesemua keguguran yang ada. Antara faktor lain pendarahan yang anda alami adalah seperti:
- Jangkitan rahim
- Kehamilan luar rahim
- Pendarahan implantasi
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































