Sulit
3 tahun
Keguguran tapi upt positif
Hi umur i 22 , i disahkan pregnant on 17/11 dan pada 24/12 i cramp perut then bleeding sampai kehari ini , ketulan darah banyak keluar , that means i keguguran ke ? Then i try upt lagi then positif . So i tk tahu yang i keguguran or how ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Untuk pengetahuan anda, ujian kehamilan menggunakan hormon yang dikenali sebagai Human Chorionic Gonadotropin (hCG) yang boleh dijumpai dalam air kencing. Selepas keguguran, kadar hCG akan kembali normal (kurang daripada 5mIU/L) sekitar 4 - 6 minggu selepas keguguran.
Disebabkan ujian kehamilan sekarang sangat sensitif, kadar hCG yang kecil mampu memberikan hasil yang positif. Anda mungkin juga dapat merasakan simptom-simptom kehamilan.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Saya sarankan untuk berjumpa dengan doktor di klinik berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung bersama doktor kami secara terima kasih untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut. Terima kasih.