Perlu Bantuan?

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Kegunaan Gluchopage (Metformin)

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: September 1, 2020 4:18 AM

Sulit 4 bulan

nak tanya, boleh ke orang yang tak ada diabetis ambil gluchopage untuk kurangkan berat badan?

Dr Ramzdhan 4 bulan
General Practitioner

Terima kasih kerana bertanya kepada DoctorOnCall tentang pengambilan ubat metformin.

Untuk pengetahuan anda, ubat metformin atau glucophage merupakan ubat yang biasanya digunakan sebagai rawatan untuk pesakit kencing manis. Ubat ini befungsi untuk mengawal paras gula dalam darah pesakit dan ia boleh menyebabkan kesan sampingan seperti berikut:

  • loya
  • alahan
  • muntah muntah
  • cirit birit

Ubat ini juga secara tidak langsung boleh menurunkan berat badan pesakit, namun ianya tidak boleh digunakan hanya untuk menurunkan berat badan semata-mata. Ubat ini juga memerlukan preskripsi dan diberikann di bawah pengawasan daripada doktor.

Berikut merupakan cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan berat badan:

  • bersenam sekurangnya 30 minit sehari lima kali seminggu
  • makan makanan berkhasiat mengikut piramid pemakanan
  • kurangkan pengambilan makanan ringan dan air berkarbonat
  • kurangkan pengambilan gula dan minyak dalam makanan

Sila dapatkan maklumat daripada pakar pemakanan dan nutrisi (dietician) untuk mendapatkan berat yang ideal !

Sekiranya anda ingin tahu dengan lebih lanjut, anda boleh berhubung dengan kami secara peribadi di (DoctorOnCall) . Terima Kasih.

Dikemaskini pada: Tue Sep 01 2020 04:18:56 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Farmasi tentang ubat-ubatan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Kesan Ubat Hypertiriod Saya wanita umur 37 tahun… Adakah selepas makan ubat hypertiriod sebabkan sakit urat satu badan dan rasa ngilu apabila bergerak dan di sentuh… Baca lagi...
4 hari
Sulit
Makan ubat regulon dan antibiotik amoxicap 500 Dr saya ingin bertanya. Saya seorang wanita berusia 24 tahun. Saya ada pcos dan Dr bagi saya ubat Regulon untuk makan setiap hari selama 3 bulan. Setelah dikaji, Regulon ini juga dimakan untuk o… Baca lagi...
13 hari
Sulit
Cara penggunaan sunolot adakah dengan memakan sunolut boleh menyebabkan sakit pinggang setelah makan selama 2 hari. dan dos penggunaan untuk kitaran haid tak menentu berapa biji sehari ? Baca lagi...
8 hari
Sulit
Pengambilan ubat regulon pada sebelah malam. Penukaran waktu pengambilan ubat dari sebelah malam kepada sebelah bangun tidur keesokan harinya Saya seorang wanita berumur 19 tahun. Saya mengalami masalah senggugut yang teruk sejak 2018 yang lalu dan sudab dirujuk ke doktor pakar sakit puan. Pada bulan december 2020 yang lalu, saya meng… Baca lagi...
4 hari
Sulit
Penggunaan nasal spray dan rebounce effect Saya seorang lelaki berusia 29 tahun. Mengambil nasal spray jenis Oxymetazoline , selama 6 Baca lagi...
10 hari